Bisikan rindu seorang Ayah ;'(


Cuti persekolahan hujung tahun tidak lama akan berakhir.Seperti biasa tiga hari lagi musim persekolahan akan berakhir. Emak sudah mula menunjukkan rasa gelisahnya.

Emak mula menjadi pendiam seperti ada yang hendak disembunyikannya. Menjelang perjalanan menghantar aku pulang ke asrama emak tidak banyak bercakap. Sesekali aku melihat mata emak berkaca menahan sebak.

Ayah pula fokus memandu keretanya. Sesekali terpacul dari mulutnya menasihatiku supaya fokus belajar.

Ketika hendak pulang dari asrama emak memeluk erat diriku sambil mulutnya mengeluarkan kata kata nasihat dan perangsang semangat sementara air matanya berjurai membasahi bahuku.

 Ayah hanya memerhatikan adengan spontan ini dengan ekor matanya. Ketika aku mencium tangan ayah, Dia hanya berkata" belajarlah rajin rajin" itu saja.

Ibu pula ketika kereta ayah mula bergerak, matanya tidak lepas memandang diriku.Air mata berlinang tidak berhenti henti sambil melambai ke arahku.Ayah pulak hanya memandangku melalui cermin pandang belakang dan terus fokus memandu keretanya.

Suatu ketika yang lain ketika aku menerima keputusan cemerlang SPM, sekali lagi ibu memelukku sambil air matanya berjujai lagi. Tetapi ayah hanya mengamati keputusan cemerlangku itu dengan hanya bertanya" adik nanti nak ambil kursus apa di Universiti? Itu saja yang keluar daripada mulutnya.

Ketika aku di kampus, sesekali ayah telefon. Itu pun tak sampai satu minit. Yang biasa dia tanya ialah " Adik buat apa tu," dan " sudah makan ke belum"  Berbeza dengan emak tiga puluh minit belum tentu habis cakap. Itu pun suaranya selang seli antara sebak dan ketawa.

 Adakalanya aku tertanya tanya apa pulak ayah berkelakuan seperti itu? Dingin dan beku, berbeza dengan apa yang ditunjukkan oleh emak .?

 Satu hari ketika pulang daripada cuti semester pertama; aku bertanya kepada emak tentang keadaan ayah.Dengan senyum  emak menceritakan: Ayah kau memang macamtu. Dia sukar menunjukkan emosinya di hadapan anak.

Tahu tak engkau, setiap kali engkau pulang ke asrama, dan sekiranya lama engkau tidak pulang, emak perhatikan ayah engkaulah yang selalu menjengok bilik engkau tanpa pengetahuan engkau.Dan emak perasan album keluargalah yang menjadi tempat dia melepaskan rindunya.

Tahu tak engkau, dua hari sebelum engkau balik, Dia sibuk pergi ke pasar untuk mencari ikan yang menjadi kegemaran engkau walaupun harganya mahal dan tempat untuk mendapatkannya jauh pula. Walaupun pada hari hari biasa ketika ketiadaan engkau kami hanya makan ikan yang harganya  murah murah saja.

Pernah tak berlaku apabila engkau meminta sesuatu untuk beli barang keperluan atau membayar yuran pengajian, ayah engkau merungut dan gagal menjelaskannya?.

Emak lama hidup dengan ayah kau.Apabila dia melihat lauk kegemaran engkau tidak cukup untuk dimakan bersama, dia selalu menyuruh emak goreng telur ayam untuk lauk tambahan. Kerana apa? Kerana dia tidak mahu kalau engkau rasa tak cukup akan lauk itu dan dia tidak akan menyentuh lauk kegemaran engkau.  Itu sebab engkau lihat telur ayam sentiasa ada di dapur emak.

Begitulah erti rindu seorang ayah. Warna rindunya sukar untuk dilihat. Tetapi dapat dirasai kalau kita amati secara mendalam.Rindu seorang ayah tidak boleh disamakan rindu seorang ibu.Rindu seorang ibu lebih mudah nampak melalui belaian kasihnya. Tetapi rindu seorang ayah munkin sukar dikesan tetapi dapat dilihat melalui tanggung jawabnya sebagai seorang ayah. 😢

Nukilan Rasa
Rindu seorang ayah.
 Muzahhar A Samad.               12 nov 2018.😊

Comments

Popular posts from this blog

A note to my old self.

Surat cinta untuk diri sendiri ;)

Allah itu Maha Penyayang