Surat cinta untuk diri sendiri ;)
Dari : Diriku
Kepada: Diriku
Wahai diriku,
Terima kasih telah kuat.Terima kasih telah sabar.Terima kasih telah berjuang.Beribu maaf atas kesusahan, keluhan, masalah serta kesedihan yang selalu hadir.
Aku tahu kita kuat.Panjang lagi perjalanan yang akan kita tempuh.Aku harap kita sama sama kuat.
Jangan mengalah.Syurga sedang menunggu kita.
Walau apa pun yang menghalang di hadapan,kita ada Allah.Biar beribu manusia pergi dari hidup kita, yang penting jangan hilang Allah dalam hati.Kadang kta perlu berjalan sendiri.Supaya kita sedar kita tak perlu bergantung sesama makhluk.Sebab manusia datang dan pergi, tapi Allah tetap di sisi.
Allah tahu kau sedih.Allah tahu kau penat.Tapi Allah tak akan uji sesuatu yang di luar kemampuan kau.Sabarlah.Kau kena kuat.Bukan sebab Allah tak nak bagi, tapi Dia nak tengok kita ni betul-betul bersungguh ke nak apa yang kita minta tu.Jangan bersangka buruk dengan Allah walau berat mana sekalipun ujian yang melanda.
Belajar bahagia dengan apa yang kita ada.Bukan bersedih dengan perkara yang tiada.Inilah kunci untuk hidup bebas dari belenggu dunia.Kejarlah akhirat, maka dunia akan mengejar kita.
Jangan menangis selain kepada Allah.Menangislah hanya kepada Dia.Menangislah andai mahu, kerana air mata itu bukanlah definisi lemah, tetapi bukti kita yang telah lama bertahan untuk kekal kuat.
Ikhlas yang hanya mencintai dirimu,
Diriku

Comments
Post a Comment