Tetap harus berjalan :')
Pernah tak setiap kali kau bersendirian, hati rasa nak menangis tanpa bersebab?
Pernah tak kau rasa tak nak bergembira sebab takut dunia ni nak kiamat?
Pernah tak kau sorang je tak tergelak dengan lawak kawan kawan kau?
Mungkin kau tak pernah.
Tapi aku sedang lalui benda tu sekarang.
Serius rasa pelik perasaan ni.
Acapkali juga aku bertanya kepada Tuhan
Adakah aku sedang dikifarahkan atas dosa dosa yang lalu?
Atau maut sedang menghampiriku?
Wallahualan.hanya Tuhan yang tahu.
Penat rasanya hidup dalam ketidakpastian.
Sedangkan ada kejayaan yang perlu aku lakarkan.
Ada senyuman yang perlu aku ukirkan.
Moga dengan tulang empat kerat ini aku masih bertahan.
Untuk nusa bangsa agama dan negara
Tuhan,
untuk tiap ujian yang sedang kau titipkan,
yang hikmahnya belum tersingkapkan,
ajarkanlah aku erti keredhaan dan kesabaran
bahwa tiapnya ada balasan serta ganjaran
yang tak terhitungkan.
Moga aku masih bertahan.
kerana sesukar apa pun hidup,
ia tetap harus,
terus berjalan,bukan? ;')
Comments
Post a Comment