Hadiah Dari Allah
Allah mengetahui kita kuat dalam menghadapi ujianNya,oleh kerana itu Allah memberikan ujian itu ke atas diri kita.Disini kita dapat melihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya .Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah Allah menguji kita kerana Dia sangat kasih kepada kita.Cuma kita sebagai hambaNya ,adakala tidak mampu bertahan dan bersabar dalam menghadapi ujianNya.Hakikatnya saat ini, saat kita sedang mengecap bahagia, ada berjuta manuia di luar sana yang sedang dihujani ujian atau dihimpit pelbagai derita.Ada di kalangan manusia di luar sana yang saat ini sedang diuji dengan kehilangan orang tersayang.Tidak kurang juga ada manusia yang diuji apabila apa yang diingini dan diharapkan tidak terjadi dan diberi.
Ya.Ujian.Ujian atau mehnah yang menjengah dalam kehidupan kita itulah sebenarnya yang mampu mengejutkan kita dari mimpi dunia yang panjang.Allah Tuhan yang Maha Mengetahui.Mungkin tanpa ujian dan dugaan yang dikirimkan khas oleh Dia untuk kita, kita masih lagi menjadi seorang hamba yang hanyut dan lemas dalam lautan kelalaian Apa yang paling utama sebenarnya adalah 'hadiah' itu dikirimkan oleh Allah bertujuan untuk menilai sejauh mana keimanan kita terhadapNya.
Justeru,marilah kita sama-sama bermuhasabah dn menilai kembali segala prasangka buruk yang mungkin pernah bermain di fikiran kita saat kita diuji.Inilah saatnya bagi kita,saya dan anda yang sedang membaca,merubah fikiran kita dan mula memandang ujian-ujian yang telah dan akan kita lalui sebagai sebuah 'hadiah" dari Allah dan bukan lagi satu bebanan.Apabila kita benar-benar menyedari hakikat ini, maka kita akan menjadi hamba yang bersyukur dengan segala ujian yang diberi.
Kadang-kadang kita sering bertanya,beratnya ujian yang Allah beri.Tetapi kita sering terlupa betapa besarnya nikmat yang pernah Dia bagi.
Allahu.
Nipisnya iman kita bila mempersoalkan soal ujian :(
Comments
Post a Comment