Hidup dan matiku hanyalah untuk Allah yang Satu ;)

Image result for kalimah syahadah


Kalimah itu cantik dan indah.Itulah kalimah cinta.Barangkali,pengakhiran sebuah cerita yang indah bukan letaknya pada happily ever after tetapi indahnya itu disiratkan pada sebuah kalimah yang mampu jiwa kau sebut tikala nafas kau dicabut malaikat. - Elvroseth

    Hari esok tidak menjanjikan bahawa kita masih ada.Tidak menjanjikan yang kita boleh bertemu kembali insan-insan yang ingin kita bahagiakan sepanjang hayat kita.Tidak menjanjikan juga yang kita bakal mati dalam keadaan sesempurna seseorang mukmin.

Jadi, apa yang harus kita lakukan?

Pertama : Sentiasa utamakan amalan fardhu ain terutama solat, puasa, zakat, fardhu kifayah dan fardhu fardhu yang lain

Kedua :  Sentiasa menjauhkan diri daripada berbuat perkara yang mengundang dosa kecil mahupun besar.

Ketiga : Sentiasa bertaubat dan memohon ampun kepada Allah.Jangan sesekali berhenti.!

Keempat : Bersegera memohon maaf kepada orang yang telah kita melakukan kesalahan

Kelima : Mewasiatkan kepada ahli keluarga tentang iman dan Islam, halal dan haram dan berpegang teguh dengannya.

Keenam : Memperbanyakkan amal jariah, bersedekah, amalan - amalan sunat dan banyakkan berniat untuk melakukan kebaikan

Ketujuh : Mengajarkan atau menyebarkan ilu yang bermanfaat untuk dunia dan akhirat.

Kelapan : Mendidik anak-anak menjadi anak yang solah dan solehah.

Kesembilan : Selesaikan semua hutang di dunia.

Kesepuluh : Jangan mensyirikkan Allah.

Sekadar itu perkongsian pada hari ini.

Serangkap pantun saya kongsikan untuk anda semua :)

Selagi nyawa dikandung badan,
Selagi hayat masih berpanjangan,
Kau lupakah kau masih ada Tuhan?
Yang sering kau alpa dan biarkan?


Comments

Popular posts from this blog

Allah itu Maha Penyayang

A note to my old self.

Surat cinta untuk diri sendiri ;)