Kematian :(



   Menghadapi kematian adalah ujian yang paling besar buat kita, sebab kita dah takkan berpeluang jumpa dengan mereka lepasni.Dekat akhirat pun belum pasti :(

Tapi, kita harus yakin pada ketentuan Allah.Setiap yang bernyawa pasti akan mati.Cuma bila?Kenapa?Dan bagaimana?Kita tak tahu.

Setiap makhluk Allah akan pulang, memenuhi janji Tuhannya yang dia akan mati.Apabila seseorang itu 'pergi', kita hendaklah pujuk diri sendiri dengan kata 'Allah Maha Baik'.Setiap apa yang Allah beri dekat hambaNya tu semua baik-baik belaka.Hatta ujian sekalipun.Hatta waktu Allah nak ambik orang yang kita sayang pun.

Perasaan sedih dan menangis tu tipulah kalau tak rasa, sebab kita manusia biasa.Kita ada hati dan perasaan.Tapi jangan biar lama-lama.Kalau nak nangis,nangislah.Tapi ingat Allah ada dengan kita.Kalau teringatkan arwah, bacakan Al-Quran, sedekah atas nama arwah Sebab benda tu yang membantu arwah di alam sana.Kalau benar rindu,kalau benar sayang..kita sedekahkan bacaan dan apa apa pada arwah.

Arwah dalam jagaan Allah,jagaan Yang Maha Pemurah,Maha Penyayang.Dan kita kena yakin..yang arwah dalam keadaan baik.Sebab Allah Maha Baik yang jaga arwah sekarang.Kita yang masih hidup,ambil iktibar..kuatkan semangat.Jadikan kematian arwah sebagai peringatan buat diri yang mati tak kenal siapa.

Takut untuk kehilangan yang tersayang..perasaan normal manusia biasa.Takpe,memang kita takut akan kehilangan sesiapa selepas ini.Tapi,untuk menjadi redha dan akur dengan kehendak Allah, niatkan dalam hati kita, cakap kat hati kita yang semua ni milik Allah.Kita ni cuma pinjam je.Yang pemilik sebenarnya adalah Allah.Jadi kita harus bertindak sesuai dengan title kita, peminjam je.

Sampai satu masa kalau pemiliknya nak ambil kepunyaan dia, waktu tu kita kena redha dan taat.Tapi kepuasan dalam hati dapat dirasa  sebab kita dah jaga barang pinjaman tersebut dengan baik dan bersungguh

Dan waktu  itu, kita mengenal apa erti redha sebenarnya.

Comments

Popular posts from this blog

A note to my old self.

Surat cinta untuk diri sendiri ;)

Allah itu Maha Penyayang