kem induksi kabroar🦁


Bukan saja saja Allah temukan perkenalan antara kita😘

Hai assalamualaikum.

Kiorang baru balik dari kem induksi yang dianjurkan oleh kolej aminuddin baki.

Selama 3 hari dua malam di hutan simpan ukm,bukan perkara biasa biasa yang kami harungi dan lalui.Segala persiapan mental dan fizikal mestilah kami sediakan untuk mengharungi hari hari disana

Tak kenal,maka tak cinta.

Masa semua orang diminta berkumpul di sana,ade diantara kami tidak mengenali antara satu sama lain walaupun mendiami kolej yang sama.Perasaan janggal dan kurang selesa bergaul dengan orang baru mestila sedikit sebanyak bersarang di hati.Tetapi setelah bersama sama mengharungi pelbagai tugasan,maka terbentuklah jiwa jiwa saling memerlukan antara kami iaitu, 6 warriors.

Dalam kem ni,banyak pengalaman dan pengajaran yang berjaya kami timba untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian kami.

Antaranya ialah jika sayang,jangan dibiarkan dia melalui segalanya bersendirian.Peganglah dengan erat tangan orang yang kita sayang tu.Alirkanlah rasa keikhlasan itu meskipun terpaksa melanggar arahan dan peraturan.Tetapi haruslah dalam syariat Islam.

Selain itu,sentiasalah ucapkan terima kasih.Tidak kira pertolongan atau pemberian itu sebesar mana hatta simpati yang kita perolehi..ucapkanlah terima kasih.Orang yang tak berterima kasih ini,digolongkan dalam golongan orang yang sombong.Terutamanya berterima kasih atas nikmat yang diberikan Allah atas setiap nafas yang kita hembuskan di atas dunia ini.

Dalam hidup ni,ada kalanya kita perlu bersendirian untuk mencerminkan kembali kehidupan kita.Ada kalanya juga kita perlu bermasyarakat untuk orang menegur kehidupan kita.

Terbanglah tinggi untuk mencapai bintang di langit.Tapi jangan sesekali lupa pada rumput di bumi.

Wassalam❤

Comments

Popular posts from this blog

A note to my old self.

Surat cinta untuk diri sendiri ;)

Allah itu Maha Penyayang