INGATKAN DIRI ;)
-Ingatkan diri,
Dahulukan ibu bapa sebelum orang lain,
kerana redha mereka adalah redha Allah.
-Ingatkan diri,
Jangan mendoakan orang lain,
melebihi dari doa kepada kedua ibu bapa.
-Ingatkan diri,
Jangan merindui manusia,
melebihi rindu kepada Rasulullah SAW
yang bakal memberi syafaat.
-Ingatkan diri,
Jangan mencintai kerana rupa, harta, pangkat dan kata kata.
Cintailah orang kerana imannya.
-Ingatkan diri,
Dahulukan Allah
kerana Allah pemilik
Dunia,Akhirat,Syurga dan Neraka.
-Ingatkan diri,
Jika ada seseorang melangkah pergi,
Allah masih sentiasa di sisi.
-Ingatkan diri,
Jodoh itu Inshaallah,
Mati itu pasti.
-Ingatkan diri,
Jangan mudah melafaz cinta,
kerana ada tanggungjawab pada keluarga yang belum terlaksana.
-Ingatkan diri,
jangan tenggelam dengan angan-angan,
kerana orang yang panjang angan-angan akan melupakan mati.
-Ingatkan diri,
Rindu itu sia-sia,
Jangan merindukan pada dia yang tidak sudi.
-Ingatkan diri,
Jika orang tidak mahu didekati dirinya,
hormatilah dia,
kerana dia sedang menjaga batas agama.
-Ingatkan diri,
Dakwahkan diri sendiri
sebelum boleh mendakwah orang lain.
Comments
Post a Comment