Sunyi tidak bermakna sendiri


Hidup di dunia ini tidaklah sentiasa dikerumuni manusia seperti semut mengerumuni manisnya gula.

Kadangkala Allah menguji dengan kesunyian, bukan sebagai hukuman ataupun bebanan tetapi itu petanda kasih dan sayang Allah kepada hambaNya.

"Kasih sayang Allah itu cukup luas dan tidak terbatas".

Subhanallah.

Alangkah beruntungnya kita.

Tetapi, berapa ramai yang sedar akan kasih sayang Allah buat hambaNya?

Apa saja yang menimpa diri itu adalah kerana kasih sayang Allah sama ada baik atau buruk peristiwa yang terjadi.

Kita bersyukur dengan kehadiran orang-orang sekeliling kita yang sentiasa menceriakan hari-hari kita.Alhamdulillah.

Namun, disaat Allah menarik insan-insan ini, apa reaksi kita?

Sudah tentu hidup kita terus sunyi.

Terasa kegelapan dalam hidup.

Sunyi.

Kosong.

Kita mula mengungkit dan mempersoal itu dan ini.

Astaghfirullah.

Tanya ppada diri kita, adalah kita tidak redha dengan takdir ini?

Allah ingin kita sedar bahawa hidup ini kosong tanpa pergantungan daripadaNya.

Oleh itu, apa jua yang kita lakukan dalam kehidupan kita seharian, semuanya perlu berkait dengan Allah.

Bukan saja-saja Allah tarik seseorang itu dari hidup kita.

Setiap yang berlaku di atas muka bumi sudah ada suratan yang tersirat.

Dan hanya Allah yang kekal hidup abadi,sentiasa di sisi.

Jangan pernah lupa Dia walaupun untuk sesaat.

Buka mata hati, lakarlah senyuman.

Lihatlah segala yang berlaku dari sudut yang positif, nescaya hidup akan diberkati.

Ingatlah "Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan sekalian alam."

Comments

Popular posts from this blog

A note to my old self.

Surat cinta untuk diri sendiri ;)

Allah itu Maha Penyayang