Sedarkan diri.


Mungkin dalam apa sahaja yang terjadi dalam hidup aku, ianya kelihatan seperti mudah.Aku hanyalah seorang gadis yang asalnya mahukan hidup yang mudah.Aku hanya seorang gadis yang sememangnya mengambil segala-galanya dengan begitu mudah supaya hidup aku tidak perlu menjadi seperti hidup gadis-gadis dalam drama atau novel.

Namun, se klise manapun ia, ianya tetap akan mencorak satu emosi dalam diri aku yang menolak aku untuk terus bergerak ke hadapan .Bergerak ke hadapan walaupun terpaksa berjalan di atas duri yang tajam.Mungkin, jika aku ini sebuah buku, aku mungkin buku yang sukar difahami, sukar ditelah .....kerana aku sendiri tidak faham aku.

Dan hakikatnya, sehebat mana juga aku, secantik manapun dunia yang aku bina, aku bukan sesiapa dan hanyalah hamba yang mudah lupa tentang rasa syukur.

Riak itu adalah racun.Pujian itu ialah pisau yang mencucuk keimanan.Paksakan diri berdoa pada Dia, tundukkan hati pada sujud,tinggikan keimanan pada Dia, Dia dan hanya Dia.

Kerana aku sentiasa lupa.

Bahawa Allah itu setiasa ada untuk aku.

"Apabila dia mendekatiKu sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta.Apabila dia mendekatiKu sehasta, maka Aku akan medekatinya sedepa.Apabila dia datang kepada Ku dengan berjalan,maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari."

Allahu.Sayangnya Allah kepada aku.

 Setiap malam aku hanya mampu berbisik di antara celahan bantal, "Ya Allah..aku tahu kau dengar..aku rindu Kau."

Dan aku akan berbisik pada kegelapan yang merenung aku semula."Aku nak kau peluk aku,Ya Allah.Aku nak menangis dalam dakapan kau"

Dan hanya itu yang aku bisik pada kekosongan di kiri dan kanan aku sebelum aku menanngis sendiri.

Dan aku tahu, aku tak sendiri.

Aku tahu, aku dalam dakapanNya.

Aku tahu, di dakapanNya itu bukan seperti sentuhan seorang ibu terhadap anaknya.Bukan seperti yang kau boleh rasa dengan fizikal, tetapi ianya hanyalah ketenangan dan rasa didengari dan di redhai.

Rasa dicintai.

Comments

Popular posts from this blog

A note to my old self.

Surat cinta untuk diri sendiri ;)

Allah itu Maha Penyayang